Wednesday 21 March 2012

~Oh Indahnye Pelangi :)..~


  Salam untuk semua :)..
 

Bismillairrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Allahu Allah,
pelangi itu cukup indah :)..

 Bila disebut tentang pelangi, semua tahu yang pelangi itu cukup indah. Hadirnya selepas bumi dibasahi hujan dan apabila sinar mentari kembali memancar, dan ketika itulah hadirnya sang pelangi yang cukup indah.
sebagai manusia kita tak kan pernah dapat lari dari ujian dan dugaan..tapi pernah tak kita fikir dan sedar... di sebalik kesusahan dan kepayahan tu...tersembunyi hikmah yg memang di sediakan untuk hambanya yang sabar...dan tabah menghadapi ujian...

"kadang-kadang ALLAH beri kita hujan,
kita tanya mana matahari, 
rupa-rupanya ALLAH nak bagi kita pelangi"

"kadang-kadang ALLAH beri kita malam yang pekat.
kita tanya mana bulan,
rupa-rupanya ALLAH nak bagi kita lihat bintang"

tapi... sudah menjadi lumrah alam...setiap ujian itu..tak semudah yang kita bayangkan...tak sesenang yang kita harapkan...yang menjadi ukuran hanyalah tahap keimanan dan kesabaran seseorang manusia...samada masih berpegang dengan tali ALLAH yakni islam...atau pun berpaling akibat kekalahan pada ujian duniawi... 

ingatlah...

"ALLAH tidak akan memberikan ujian 
yang tidak mampu ditanggung oleh umatnya"

Allah bagi ujian sebab sayang. Kan?
Allah bagi ujian sebab kasih. Kan?
Allah bagi ujian sebab uji kesabaran. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak tingkatkan iman. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita kembali mengingati Dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita sedar kesilapan kita. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah rindu kita bercakap dengan dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab rindu kita mengadu pada Dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah sentiasa ada bila-bila masa, senang atau susah. Kan?
Allah turunkan hujan sebab nak munculkan pelangi. Kan? 


 Jadi, jangan putus asa!.
Jangan pernah putus asa!.
Rahmat Allah sentiasa ada. InsyaALLAH..
InsyaALLAH..
Dah boleh berhenti dari menangis. Dah boleh kesat air mata. Dah boleh lupakan segalanya. 
Dah boleh senyum. Alhamdulillah.
 Allah sentiasa sayangkan hambanya..

Alhamdulillah..Pe yang aku doakn slame ni ALLAH makbulkn..Alhamdulillah..

Mood : Syukur ya ALLAH!..kini aku dah bersemangat nk blajar..Alhamdulillah!..


Sekian..:)..


 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...